JOM KELUAR DARI MASALAH KEWANGAN!!

Wednesday, May 27, 2009

Orang asing sudah melampau!!

Gempar di Kampung Jelempok pada 27/mei/2009, 2 lelaki asing warga Thailand dikhabarkan menjual di kampung ini dan memaksa orang kampung untuk membeli. Antara barangan yang dijual adalah minyak angin, minyak lintah dan juga makanan ringan seperti keropok dsb. Apa yang membimbangkan adalah kerana mereka bertindak masuk ke dalam rumah dan memberitahu tentang keberkesanan ubat-ubatan yang dijual dan turut bertindak memberi khidmat urutan tangan percuma walaupun orang kampung enggan dan bertindak menghalau. Apa yang lebih dasyat lagi, Nur Maziah binti Abd Razak , 19 adalah adik kepada Nur Munirah binti Abd Razak, 23, adalah salah seorang mangsa paksaan warga Thailand itu. Maziah dalam kenyataan beliau memberitahu "saya cuma ada di rumah dengan seorang kawan perempuan dan 2 prang adik lelaki saya pada waktu kejadian, warga Thailand itu bertanya samada emak dan ayah saya ada di rumah atau tidak, saya tidak terfikir langsung yang mereka orang jahat kerana pakaian yang menampakkan simbolik Islamik, iaitu berkopiah, jadi saya katakan mak + abah saya tiada di rumah, namun kemudian saya khuatir,lelaki asing itu yang telah berpecah dengan rakannya langsung tidak menyatakan tujuan dia datang malah asyik bertanyakan tentang siapa lagi yang ada di rumah, oleh itu saya memanggil adik lelaki saya untuk keluar, sejurus selepas adik lelaki saya keluar, lelaki itu seakan-akan terkejut dan terus menyatakan bahawa dia datang berniaga, adik lelaki saya berkata bahawa kami tidak mahu beli, tetapi lelaki warga Thailand itu masih enggan pulang, adik saya terpaksa bertindak kasar dengan memegang batang besi dan mengugut untuk memukul jika lelaki itu enggan pergi, lelaki itu kemudian beredar, kemudian datang semula seakan-akan hendak mengamuk sambil menghisap rokok, lelaki itu kemudian menghembus asap rokok ke arah pintu rumah saya dan mulutnya seakan-akan membaca sesuatu. Ketika itu saya dan rakan lari ke tingkat atas rumah dan hanya menjenguk melalui tingkap kerana sangat takut, lelaki itu kemudian pergi dan apabila saya turun ke bawah, saya lihat dua adik lelaki saya jalan terhuyung - hayang dan mengadu pening kepala, mereka kemudiannya tidur, ternyata mereka mungkin dipukau, namun saya bersyukur tiada kejadian yang saya tidak ingini berlaku selepas itu", Kejadian itu tidak tamat di situ, ada kejadian lain pada hari yang sama yang mana mereka masuk ke dalam rumah seorang datuk tua yang tinggal seorang diri dan enggan keluar dan bertindak memukau orang tua itu sehingga beliau mengeluarkan barang-barang berharga milik beliau, kejadian itu telah sampai ke pengetahuan orang kampung menyebabkan orang kampung bertindak mengepung rumah tersebut dan terus menangkap lelaki itu. Lelaki itu kemudiannya ditangkap oleh orang kampung dan dibawa ke balai polis.

P/s:
1. Berhati-hati dengan peniaga yang jenis datang dari rumah ke rumah..Better tak payah percaya semua, nak buat macamana..Demi keselamatan kita juga..Letak je "JURU JUAL DILARANG MASUK, SEBARANG KEDEGILAN AKAN DILAPORKAN KEPADA PIHAK POLIS"

2. Adik lelaki saya jadi hero jugak, saksi utama..Yang teruknya adik saya telah belasah lelaki tu..isk macam keterlaluan gak.."Adik saya cita-citanya nak jadi polis"

3. Orang kampung jelempok patut diberi pujian jugak.."Ape yang penting? kerjasama"

4. Ini serius, kepada semua warga asing tolongla hormati negara kami..

5. Kenapa Kes Jenayah banyak melibatkan warga asing???

6. Fikirlah sendiri

7. Apa yang penting, pokok pangkalnya HATI dan KEIMANAN kepada ALLAH..

8. Alhamdulillah , syukur dipanjatkan padamu ya ALLAH, Kau pelihara keluargaku..Amin Ya Robbal A'lamin..


2 comments:

nis n4d (*_~) said...

naseb baek ek.... huhu...seramnyer kejadian tuuuu....

jg diri baek2......

MooN CahaYa said...

Alhamdulillah segalanya selamat..:)

About Me

My photo
Sy seorg yg simple..erm..sy bknla seorg yg ssh utk difahami..pd sy kwn2 sy sng je nk fhm sy..sy suke berkwn..sy sgt syg dgn ape yg sy miliki dlm idup sy..