About Me

My Photo
MooN CahaYa
Sy seorg yg simple..erm..sy bknla seorg yg ssh utk difahami..pd sy kwn2 sy sng je nk fhm sy..sy suke berkwn..sy sgt syg dgn ape yg sy miliki dlm idup sy..
View my complete profile

Wednesday, July 8, 2009


the award..taraaaa

Copy the above reward and paste it on your blog.Name 5 interesting facts about the presenter of this award.Every blogger has to name 10 facts/hobbies about themselves.You have to choose 10 award recipients and give a small desription about them.
5 interesting facts about Nad:


*Sgt suke, syg n cintakan KUCING (bleh nangis bile kucing die hilang or kiok)

*Manja dari segi --->
1-Watak (Kekadang tetibe je datang bilik saya n menyandar kat badan saya n ajak buat sandwich or tengok Manjalara..so sweet moment n really miss her..)

2. Suara (Dia menyanyi lagu rock ke, makyong ke 'Gantung' Melly goslow ke 'Hanya kau yang mampu' ke, suara tetap maintain manje sey)

*Suka tanya pendapat orang untuk satu2 perkara dan selalu risau kalau - kalau satu perkara itu membuatkan orang lain terasa..

*Caring = Suke bercerita dan suka mendengar
(Kadang2 dia bebel kat saya kalau tak sapu ubat or minum susu Anmum eh Anmum pulak...bukan ke untuk org mengandung tu?? gilo pe mun ni?? ehe tersyasyul..)

* A very supportive person : Percaya atau tidak beliau pernah belikan saya susu APPETON Weight Gain semata-mata nak saya berisi...(Berat bertambah 3 kilo masa tu..berkat usaha n pertologn ikhlas kwn2)

*Hormat sensitiviti orang walaupun berbeza cara pemakaian dan tau apa yang perlu jadi secret dan apa yang tak..(Saya tak perlu dah nak ingatkan dia 'Nad, ko jangan gitau orang yang aku tengok The Game PLan dengan ko masa tut...tut..' siaran terputus -cth sahaja..ok..haha)

* Eh dah lebih 5...last but not least..she is a very patient person..TABAH..hatinya pernah dilukai dulu..isk xtau nak ckp keadaan dia dulu..tapi issssssssskkk tskk yang saya tau dia sangat TABAH..itu PASTI..and I always say to her the qoute "LOVE ME OR HATE ME I'M STILL GONNA SHINE"..Nmpk macam sekarang ni cahayanya semakin bersinar~~~~*****


10 facts about me-------->>>>>>>

1-Sedang bekerja di sektor Swasta (bidang ICT ni)---------->ini fakta walaupun saya tak pernah menyangka akan keje bidang ni..sebab dulu asyik tiru Nik, Kak Ayu, n sapa2 je yang kbetulan ada kat sebelah masa buat assignment. Tapi info tambahan (saya banyak kena handle projek luar yang OUT dari bidang IT..ermm rasa2nya saya suka ke x?? Jawapannya kat bawah jap lagi.hihi)

2- Rabun tapi tak pakai spec sebab trauma 2kali spec baru beli pecah dalam masa tak sampai 1bulan beli..dan kemudian spec terakhir hilang masa g kuliah ustaz Ridzuan (sebab tabiat suka gantung spec kat baju)

3- Masa dekat Kolej suke berlagak macam tak rindu mak padahal bila balik umah berkepit je dengan mak kat dapur n cerita macam-macam kat mak termasuk mengadu pasal Nad buli..hiihi gurau je tau Nad..(i mean i always stori mori about u to my mom)

4- Suka durian + ayam goreng p.mlm + taufu fa + laksa + asam pedas melaka + sambal tumis mak

5- Pernah pergi FOOD TRIP makan di Restoren Nasi AYAm Special + Secret Recipe + MCD berturut-turut dalam 1 malam..Xcaya?? tanya Ben..tanya Nad..alahh tanya je Ardi..Emm tak payah la pcaye..mcm xlogik je tu..tipu je la kot..

6- Seorang yang sangat suka berkawan dan bergaul dan bercakap..tapi tak pernah tegur orang sebelah kalau naik bas exspress nak balik kampung melainkan orang tu tegur dulu..

7- Seksi..btol...pcayela....~~

8- Tak suka dianggap terlalu baik ATAU terlalu jahat

9- Tengok picture2 yang ada dalam PC sekurang2nya 1kali sehari dan nilai dan nilai erti persahabatan, ukhwah, kehidupan dan selalu merindui suasana yang indah-indah dan mendamaikan macam g pantai dengan sahabat2..G kem BADAR..Zaman jadi Fesi, Zaman g Kem Jati Diri..rindu sangat..ini SIriuS..

10- Selalu x suka kalau orang suruh isi 10 je sebab nak gtau lagi dan lagi..tapi nak ikut rule la kali ini..ok..


**Jawapan untuk no1 : SANGAT SUKA, TERSANGAT SUKA, PALING SUKA
-------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------


award receipients...Xnakla tag lagi...hihi..boleh pulak ubah rule..
1.-------------
2.------------
3.------------
4.------------
5.------------
6.-------------
7.------------
8.------------
9.------------
10.------------


wARMEST rEGARDS,
---MooN in Da SkY-----------------------------------------------1.53 am..........................
PenanG.......................................HO HO HO..........................

Diary HORLICKS..ho..ho..ho

Dengan Horlicks adik2 mendapat Vitamin B6, Kalsium, Zat besi dan banyak lagi tau!!







Hidup yang sihat bermula daripada pemakanan yang sihat ye adik2..







Hari ni 7 Julai 2009-S.e.l.a.s.a
Sek: SK JUARA BUKIT MERTAJAM PP
dan
SK SRI AMAN, AYER ITAM PP
(STATUS : DONE)
22 More to go~~~
Reported by Mun
12:38 am @ Room number 410 Hotel Malaysia Penang

Tuesday, July 7, 2009

Dari Faber Castell, kujadi penceramah Horlicks

MACAM YO-YO..macam bola..macam ape je yang bulat..ITULAH SAYA..:)
Percaya atau tidak hari ini telah masuk hari ke tiga team kami buat program HORLICKS..Okey, tajuk ceramah "Eat right...Grow right " HOHOHO..ku membesar TINGGI, KUAT dan PANDAI..hohoho..horlicks...Macam tetiba je terjerumus dalam bidang ni..tapi sebab bos menjanjikan pulangan lumayan maka dengan itu saya bersetuju untuk jadi speaker...

Daripada Faber Castell (16 buah sekolah)tetibe je pergi ke HORLICKs(30 buah sekolah)..Nampak gayanya sampai hujung bulan ni keja saya asyik bercakap je..bla bla bla...sampai nak terkeluar anak tekak menghandle student yang ramai yang angkat tangan tanpa disuruh, yang datang ke depan tanpa diundang, yang lebih memilih untuk duduk atas meja walaupun disediakan kerusi dan yang protes sebab tak dipilih untuk jawab soalan..(budak-budak tu bukan tau sangat jawapan tapi sebab nak dapat hadiah jadi angkat jugak tangan)..Tapi yang menariknya horlicks ni sebab lepas TALK kiter bagi student minum..(ala macam kiter sekolah dulu kan ada lori MILO datang, VICO datang..rupa-rupanya baru tau, org yang datang bagi student minum tu bukan calang-calang orang dan kerja bagi student minum ni bukan kerja yang mudah,,,sirius weh..bolehla ckp snang kalau tak buat tapi bila dah buat baru tau..by the way bos cakap bulan ni dapat bonus so no problem la..walaupun kena cakap dan membebel benda yang sama setiap hari (saya confirm ahli team saya mesti dah tau skrip saya dan silap-silap dengan contoh sekali diorg dah bleh guess ape yang saya nak cakap,,huhu, lagi.. kena pakai t-shirt sama tiap-tiap hari-sorg dpt 2 tshrt je..saiz L, lengan pendek pulak tu, kne pulak speaker tight in..dusssssss..pk bonus je ni...kalau tak dah cabut..haha) Ok selepas buat projek ni baru saya tahu, kenapa minuman yang datang dengan lori dulu cth:MILO, rasanya sedap dan pekat kan..OK untuk HOrlicks ni kami letak banyak sgt horlicks...1 bgkus horlick (750g) hanya untuk 4L air sahaja...then untuk kekalkan rasa ais batu yang diletakkan dalam dispenser dibungkus dengan plastik transparent yang telah terbukti kebersihannya..(ais utk cepatkn proses sejuk je-->dispenser memang dah menyejukkan air)..Ok jangan lupa letaK susu pekat (3 OZ utk 4L air), 1 tin susu pekat boleh dapat dalam 5 OZ...4L air boleh bagi 130 student minum..Tapi bila nak buat pengiraan berapa jumlah student kena kira sekali kemungkinan guru datang minum, tu takpe lagi, ni yang guru bawak bekas air besar ada dalam 1L boleh isi dan datang dengan muka tidak bersalah dan minta agar botol kosong itu diisi air HORLICKs tiu...HOHOHO.....crita akan bersambung...from mun~~B suite Hotel Pulau Pinang~~daa~~24 schools more to go..


Ujian 'Saya membesar dengan kuat bersama Horlicks..okey adik kita kira dia boleh angkat sampai berapa saat'



Kita dengar ape jawapannye untuk soalan 'Apakah huruf selepas huruf A, D, G, J, M, P, S'


Ujian 'Saya membesar TINGGI dengan horlicks'--adik tu tak berjaya sebab dia cuma boleh capai tahap tu je..

Saturday, July 4, 2009

Jadi penceramah atau tukang leter..:)

Tau x kawan - kawan, saya kena jadi speaker untuk North Faber Castell Road Show (antara projek besar yang syarikat kami dapat)..Memang out dari bidang IT..(as long as dapat duit, so what?? buat jela..)program untuk 16 buah sekolah..Tapi tak sangka I really can make it!! siap ada peminat tu..:) Hahaks Lets check it out!

S.K CONVENT GREEN LANE
Kena cakap B.I tau!!

S.K JELUTONG BARATSK TELUK AYER TAWAR






Saturday, June 20, 2009

Tag from Nad

1. Anda rasa anda hot?
Dah tentu la! Kan pengguna HOTlink..=p

2. Upload gambar kegemaran anda.


3. Kenapa anda suka gambar ini?
Entah..i think it's cool..memang lpas amik gambar ni rasa cam eii suke sangat..munkin kehijauan tu menyerlahkan lagi kedamaian dalam this pic. Model : Dania, Kamera : Kamera Hset adik (Sony E)

4. Bila kali terakhir kamu makan pizza?
Bulan Mac, Venue : Kangar. Tema: Hari Lahir

5. Lagu terakhir yang anda dengar.
1,2,3,4 - Plain White (Sejak dua menjak ni suke sangat lagu ni, boleh je bukak 1 lagu ni semata-mata dalam winamp dan turn on repeat n dengar berulang-ulang kali..i like!)

6. Apa yang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?
Betulkan tudung..(licin sangat tudung ni..xnak pakai dah!!!)

7. Selain nama sendiri, anda suka dipanggil dengan panggilan apa?
Saya suka nama saya je! Kan saya cakap tak suka nama Mawar!! Tapi kenapa ada lg orang paggil nama tu!!!!!!!

8. Tag lagi 6 org.
1---->Nad
2---->Nik
3 ---->Moly
4---->Wawa
5---->Aniz Nadya
6---->Aniz Farhah



9. Siapa No.1 pada anda?
Kawan, motivator, spirit, entertainer, my love..:)

10. Org n0.3 ada hubungan dengan sesiapa?
Ada hubungan dengan sesiapa? Hubungan yang macam mana tu..Skip jela soalan ni..=p

11. Kata sesuatu berkenaan dengan org no.5.
Bakal guru! Cikgu Bi tu weh..ahaks..my dear school mate..dulu sama2 ponteng ceramah,function yang boring n kadang-kadang kelas sejarah n add math, lepak kat kelas dia la..:) sweet moment..haha

12. Bagaimana pula dengan org no.4?
seorang yang periang tapi mudah menangis..baik hati n ckp kuat!! Hiihii

13. Siapakah org no.2?
Nik Sakinah yang dah pandai drive walaupun dulu pernah excident kat Melaka..haha..lagi satu, dah pandai masak spegetti..hihi=p

14. Bagi pesanan pd org no.6.
'Paah, wpon hang xdak blog, aku perlu jgk senaraikan nama hang..jwb jgn xjwb..'

To ABAH


Plain White T's Lyrics

I LOVE U ABAH!!!
hAPPY fATHER'S DAY

Wednesday, June 17, 2009

Salam adik..

"Salam adik……. Nk tau dak abg tgh sedih ni…..

Keta kena pecah tadi…….

Abeh laptop kebanggaan abg kena curik……..

Cermin keta pn pecah abeh……..

Huhuhuhuhuhuhuhu….

Malang sgh nasib abg………sedih ni….

Rase cam nak nageh jerrrrrrrrr……."


Isk..ape ayat yang sesuai untuk saya cakap kat abang saya nih..erm.."sabarlah nak buat macam mana.." eh xleh ayat macam tu!! Dah biasa sangat dengar.. Perlu ayat yang lebih motivasi..apa ea..Alamak nak buat ayat macamana ni? Jarang abang saya nak emel-emel saya ni..selalunya dia sibuk je dengan kerjanya sebab pulun nak kawin bulan 12 ni, jadi kumpul duitla..Balik rumah pun jarang-jarang, padahal Penang dengan Perlis ni takla jauh sangat..Kadang terpaksa cakap mak demam tak lega-lega sebab rindu abang Cet (Namanya Yasser)..Tup-tup tengok-tengok muncul la depan pintu..Isk.isk.. sayang jugak dia kat mak..tapi mula la dia nak mengamuk bila tengok mak rileks je tanpa terbaring kesakitan or demam or badan bersuhu panas..mula la dia nak menyiku saya sebab menipu..tapi ayat kami mententeramkan beliau.."Kami rindu abang..tu yang terpaksa tipu"..Biasanya family saya memang happening n happy n gembira n bhagia..(bukan same je maksudnye??) Sebab tu la bila abang saya dilanda masalah macam tu saya mula susah hati.."Macamana nak tenteramkan hati abang"...Tapi ingatlah, apa-apa pun yang melanda kita, itu semua pengajaran dan peringatan supaya kita terus mengingati ALLAH tak kira keadaan macamna pun..
Mesti hati abang sedang menangis..huhu walaupun dia ni hero family, tapi bila benda-benda macam ni jadi kat dia mesti dia sedih..huhu..Kami tau hati dia sensitif, dulu masa dia dah lama tak balik rumah sebab terlalu sibuk, kemudian selepas 3 bulan kot(agak je) baru dia balik, then kami satu family macam hepi sgt jadi cam excited jd kami cam perli2 dia la.."Wehhh kena bentang karpet merah ni!!!!""Kelepak-kelepak kelepong...kelepak kelepak kelepong!!!!" "Kami ni dah macam-macam perubahan dah ni kat umah ni!!! Baru VIP kita nak balik.." Tapi muka abang x hepi pun..kenapa?? "Abang tiba-tiba mintak maaf kat mak sebab tak balik lama, abang kerja siang n malam..patut la kadang-kadang tengok emel-emel forward dari abang(cthnye emel gmbr azizah mahzan dengan zafrul cter spaQ tu) biasanya lebih pukul 10 mlm"..mksudnye abang kat ofis lagi..then abang cakap "Abang memang dah janji dengan diri abang yang abang hanya akan balik dengan kejayaan"..huuuuuuuu suasana surammmmmmm...abang terasa....tapi saya dalam hati "Huhu kami mintak maapppp..kami sebenarnya terlalu hepi tapi jd ter over..." Abang adalah yang terbaik...walaupun abang jarang balik tapi abang tak pernah lupa tanggung jawab sebagai anak malah sebagai abang..Selalu jugak dia call mak..tiap-tiap bulan dia masukkan duit perbelanjaan untuk family..dulu masa saya kat kolej, kalau ade masalah kewangan je tak perlu call abang, abang sendiri akan tanya "Ellooo nyonya, itu luit ini bulan ada cukup ka??" Nasib baik dia dapat adik yang jujur, kalau ada saya cakap je ada, tapi kalau xde duit memang xmampu nak tipu..huuuuuuuuu "abang cet!!!!!!!! Adik xdak duit, nak byaq duit modul, nak byQ duit sewa umah!!!!!!!!" "Ok satgi abg bank in.." isk-isk..mgkin bagi orang yang xde abang, inilah saatnya untuk anda jeles kepada saya...=p
Tapi weh, saya ada masalah sekarang nih sebenarnye???
Ape ayat yang sesuai untuk balas emel abang????????????????? ARGHHHHHHHHH