JOM KELUAR DARI MASALAH KEWANGAN!!

Saturday, August 29, 2009

Ramadhan Yang Mulia..

Salam..lama jgk x jenguk blog ni..bukan sudah jemu berblog atau sudah tak ada idea atau sebab takde org nak bace..tapi sebab sejak kebelakangan ni family saya bagai diberi perhatian yang hebat oleh Allah S.W.T..Alhamdulillah..Dugaan demi dugaan diterima..Apa yang tragis, abang sy, Khairul terlibat dalam kemalangan dengan trela di Jln Sanglang, Kedah..Kaki dan tgn patah, tlg bahu patah..Nauzubillah jari tangan kanannya hancur dan kemungkinan besar jari hantu tangan kanannya sudah tidak akan berfungsi..Dah hampir 1 minggu abang kat hospital, mak pun xlalu makan dan sudah tidak mahu bercakap..Bila pegi jaga abang kat hospital, dapatlah tengok bermacam-macam jenis manusia dan dah tentulah lafaz "Alhamdulillah" terlafaz di hati kerana kondisi abang masih lagi boleh dikatakan stabil nak dibandingkan dengan orang ward sebelah tu yang sedang berjuang dengan maut, kes kemalangan jugak..pak cik yang dalam lingkungan 50 an..Di sekelilingnya ahli keluarganya yang xhenti membacakan yasin untuknya..Matanya memandang ke atas..Keadaannya nazak..Bila saya alihkan pandangan saya pada katil sebelah, oh tragisnya, seorang pakcik pekerja kontrak kudung kedua2 kakinya kerana kemalangan di tempat kerja yang mana dia ditimpa konkrit.."Jaatnye konkrit tu!! Aku dah nak nangis tgk pakcik tu"...kesian 1000 x kesian..abang saya mmg perlu bersyukur..Wajib!!!
Bila pergi kat ward yang menempatkan abang saya, wah meriah macam bukan ward orang sakit, ada seorang pak cik tu namanya Roslan kami panggil Pak Lan..Mulutnya xberhenti2 bercakap, ada sahaja cerita yang dia nak ceritakan.."Pak Lan ni excident nak ooii, tapi paklan bawak moto memang berhemah dah, moto baru beli, xsempat sampai umah lagi dah remuk..Kreta kancil nak potong lori tak lepas dia mai cari pak lan la dia xtau nak langgaq sapa..." Kaki paklan je yang cedera, dekat buku lali..buku lali pecah..paklan tunggu hari je nak operation..tapi paklan nmpak tabah betul.."Esok pak lan nak operate, korang semua dok leklok, pak lan tak pi lama, sat ja..Teruskan meniaga kat kedai kopi kita ni"usik Pak Lan kat abg saye..huhu tapi bila lepas 7 jam Pak Lan dah abis operation, muka Pak Lan dah tak ceria..Pak Lan dah xmahu bergurau.."Mintak maaf la semua, Pak Lan sakit sangat Tuhan saja yang tau..Nak cakap pun dah tak mampu" Kasihan paklan..Then ada pesakit baru masuk, jadi macam psyco sikitla..rupa2nya pelajar Unimap si mamat tu..terlibat dalam kemalangan di Bulatan Jubli Emas Kangar pada 21 Ogos 2009, jam lbih krg 1;00pg, 2 orang kawannya meninggal dunia..Innalillah..sorang 2 orang lagi kwannya kat ICU..:(( rupanya remaja berusia 19 tahun itu trauma.."Saya dah cakap kat dia suruh dia perlahan tapi dia laju jugak, kalau tak silap saya dia bawak 120km/j masa tu..laju kak, tak sempat buat apa-apa, sekelip mata ja terus hentam divider r/about tu..alhamdulillah saya pth tgn je, panjang lagi umur saya"..kata Naisardian, lepas diajak berbual..:((..Kasihan oh kasihan..kehilangan kawan-kawan baik serentak..Lepas tu ada sorang Pak Cik ni pulak jari jemarinya hancur gara-gara mesin tebu..Tapi Pak Cik ni bising sangat n cakap-cakap dia memang tak ada insurance.."Aku baru beli ja mesin tebu tu!!! Baru igt nak meniaga air tebu bulan posa ni, tapi mesin tebu tu dah makan tgn aku dulu..Sumpah 7 keturunan aku xmnum dah air tebu!! Aku xjual air tebu 7 ktrunan"kata Pak Cik Coh tu..Abg saya membalas "Jangan kata Pak Cik, tak tahu lagi ke depan2 tu, 7 kturunan tu lama tu..hihi.."abg saya mengusik.."Hang tau apa!! Hang mau ka aku buang semua jari hang?? Aku bagi sejuta???"jawab Pak Cik tu balik..abang saya hanya mampu tersenyum..Abang bagitau saya dengan nada perlahan, "Ada ke patut semalam dia cakap, kenapa la Allah bagi aku dugaan ni, dahla jari hancur, kencing manis pun ada, darah tinggi pun ada, skit jantung pun ada..Adil ka mcm tu"abang mengulas kata2 Pakcik Coh padanya semalam.."Isk takkan dia cakap macam tu kot..Memang berani betul mulut dia"jawab saya..Moga2 dia sedar bahawa apa2 sahaja ujian Allah terutamanya kesakitan adalah untuk menghapuskan dosa2nya..Saya hanya mampu menggeleng..Esok harinya, saya g lawat abang lagi..Eh mamat kacak kat depan abg saya dah nak keluar, saya pun cakap "Cik Un, Selamat lah ye..moga jmpa lagi..:)"..tetibe ade suara menyampuk.."Amboi org tu ucap selamat dekat yang muda ja..Pak Lan yang tua ni buat tak nampak je"Hikhik rupa2nya paklan.."Eh Pak Lan dah boleh keluar ka? Semalam bukan main lagi sakitnya"jawab saya.."Dah boleh dah, ni alamat dengan no tpon pak Lan, dengar kata orang tu nak kwen, jangan la lupa jemput.Kita kat sini dah macam adik-beradik, sungguh Pak Lan ckp, keluarga adik paling harmoni yang Pak Lan pernah jumpa, adik2 bergilir2 jaga abang.."Pak Lang mengulas panjang dan kemudian mengalirkan air mata..ohh jiwa nya begitu halus walaupun sebenarnya dialah yang selalu memecah kesunyian di bilik ward ortopedik tu...Bergenang jugak air mata ni..Saya dalam hati "ukhwah ni mesti disambung dan xpatut berhenti di sini, aku akan pergi cari Pak Lan dan keluarganya lagi..PaSti.."bisik hati kecil saya..Pak Lan pergi, cik Un pun pergi...Begitu la kehidupan di situ, bertukar ganti pesakit...Ramadhan, walaupun keluargaku menerima dugaan berat, ibuku apatah lagi..tetapi kedatangan Ramadhan tetap dirai, pemergian Ramadan tetap ditangisi...~~

nak tgk berita tentang student UniMap yang meninggal dunia tu klik sini,
dan klik sini untuk berita lanjutan..Al FATIHAH..

Saturday, August 1, 2009

Flow of the program..

~~SalaM~~
Dah habis program, jadi sibuk buat report pulak..yelah nak claim kat Horlicks..Klu x sia-sia la wat keje..Ermm..tetiba saya rasa nak cite flow of the program..emm..jadi suka hati saya la kan..

(B4 program, pasang banting, PA system, projector, laptop, angkut barang-barang termasuk goodies bag untuk student dan gift untuk cikgu iaitu cereal drink Horlicks 3 in 1, 12 pack 1 sek)



1st skali bagi speech tentang kesihatan la..kita g bg ceramah mana boleh terus cite tentang produk..Nak kena laser dengan pihak sek boleh la..mula-mula cerita dulu tentang cara hidup yang sihat..adik-adik kena senaman, jgn tengok tv smabil makan,,hehe (akak pun buat)..lagi kena makan sayur, dan minuman berkhasiat..mintak adik2 bagi contoh minuman berkhasiat.. sape brani bagi jawapan dapat hadiah..masalahnya bila g sek rendah ni bleh dikatakn sume nak menjawab! Poning akak nak pilih dik nun..haha.. (Ok akak cuma nak pilih sapa yang angkat tangan tapi jari sebelah tgn lagi di mulut..kunci mulut!)..hehe Automatik sume senyap n jari di mulut!!
MACAM NI:--->
Masa speech berlangsung ahli team kami akak bersedia membancuh horlicks..



Kemudian Mr Horlicks pun keluar surprisely tau!! The students was so teruja to see this!!! Ahaks!! Mr Horlicks ni masa 1st week tu macam Mascot buta pun ada..tapi the next week tu macam-macam gaya menarik dari Mr.Horlicks..

Tengok ni..-->>
Ni lagi-->>

Ni Pulak-->>
Then students akan macam tergamam dan terdiam bila Mr Horlicks nak beredar..(Kira cam sedih arr..belum puasku bersamamu..huhu..ada jgak yang berani hulur tangan nak salam)Yang dalam picture ni students SK Convent BM..Kira baik2 la students dia sebab tak terpa g serbu Mr Horlicks..Ada sek yang pling saya tak leh lupa SK Ara Rendang! Students agresif gile sampai sekumpulan g serbu mR horlick sampai nak terjatuh then Mr Horlicks diserbu lagi kat tempat persalinan Mr horlicks sebab student very curious nak tau sapa kah gerangan disebalik maskot horlicks tu!! Mr Horlicks HAHAHAH

Last sekali acara bagi hadiah + minum horlicks la!
Paling
students dan cikgu suka..HOHOHO
Horlicks yang dibancuh perlu ikut sukatan yer..n rasa dia sangat enak..paling penting tak muak dan ada student yang sampai 4-5 kali ulang).."Weh korang perasan tak tadi budak jam oren tu lebih 3 kali dia ulang datang tanpa rasa bersalah macam kononnye belum minum lagi.."HAHA..akak2 dengan abang2 ni wapun tengah sangat busy n xsempat tengok muka sape yang dah minum ke belum, tapi strategi adik tu tetap tak berjaya sebab jam oren dia..Last2 adik tu kena sound dengan penuh berhemah.."Adik, adik dah minum kan dik, jangan la ulang banyak kali sangat, nanti kesian kat kwn2 yang xdpat lagi.."--adik tu pun berlalu dengan mengambil satu cawan lagi horlicks..hahah..sehingga menjilat2 tau!!


Acara membasuh mesin dll..

Makan tyme! Tengok pakcik kat sebelah tu
xmampu pandang kamera dah..THE MASCOTTTT!!

*Note: 1 Horlicks cereal drink(3 in 1) berharga RM 9.90--1 sek kena bagi 12 pack, semua sekolah ada 30..(30 X 12) X RM 9.90..hoho..kaya betoi Horlicks..gilo..Belum masuk lagi Horlick yang nak bancuh air..RM 17.90 1 pack, 1 sek minimum 2 pack, maximum 8 pack(bergantung pd jumlah student) semua sek ada 30, (30 X2) X ahhhh malas nak buat formula..ermm goodies bag lagi..hebat tak Marketing Horlicks..so sale pun no wonder la deras.....So..JOM BUAT CLAIM BANYAK2!! DAH NAK TTUP! BOS LALU NI MATI GUE!!ok daa~~

About Me

My photo
Sy seorg yg simple..erm..sy bknla seorg yg ssh utk difahami..pd sy kwn2 sy sng je nk fhm sy..sy suke berkwn..sy sgt syg dgn ape yg sy miliki dlm idup sy..