JOM KELUAR DARI MASALAH KEWANGAN!!

Wednesday, September 24, 2008

nak promote~Aku Terima Nikahnya~

Hihihi..buku ni dah lama dah berada di pasaran..Dah lama dah saya beli tp this time br rasa nak promote sbb td bukak blog Kak Iz, dia cter ttg buku mastika..Hurm trus dpt idea nk ltk sinopsis sket psl this book...Dah lama dh aim bku ni tp b4 ni xde duit nk bli (jujurnye)..Bila dh ade duit dh habis pulak..Then aritu jln2 dgn fmly kt giant, ade Bazar kt Ground Floor..Kt ctu jual sume Kitab2, buku motivasi n buku agama...Saja singgah cari bku La Tahzan..Nk bli utk kwn..Tp La Tahzan dh abis..Kne order dlu...Terperasan bku kt sblh satu Kitab, cantik design dia...erm "aku terima nikahnya"...Knp mcm prnh dgr je bku nih..Hah bku ni la yg dicari...Trus tringt dkt sorg shbt bila nmpk bku nih, nama dia Muzlifah..dia yg kenalkn bku ni kt saya...I mean, ktorg pnh explore ttg bku nih kt tenet...Hurm nnti nk khatam lg bku nih..:) Cubalah



JUDUL BUKU: AKU TERIMA NIKAHNYA

PENULIS: Hasrizal Abdul Jamil

ISBN: 978-983-097-189-6

Harga Asal : RM 20.90
Kos Penghantaran : RM 4.00 (Pos Ekspres)
Jumlah : RM 24.90

UNTUK SIAPA BUKU INI?

- Lelaki dan wanita
- Sudah berkahwin / belum berkahwin (mahu berkahwin)
- Islam (non-muslim pun digalakkan baca)

TENTANG PENGARANG

Pendakwah bebas yang banyak menzahirkan dakwahnya melalui ceramah, kursus motivasi, dan BLOG. Blognya sangat terkenal sehingga beberapa kali terpaksa bertukar server akibat hits yang terlampau dahsyat.

Digemari oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengenal batas politik, agama, dan usia. Anda boleh melayari laman web beliau di Saifulislam.Com

SINOPSIS

Buku ini banyak menceritakan kisah peribadi beliau sebelum mengikat tali pertunangan sehinggalah kini mempunyai 3 orang cahaya mata. Bagaimana beliau menangani urusan rumah tangga agar menurut acuan Islam.

Beliau juga mengulas tentang BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT. Bagaimana menangani adat yang bertentangan dengan syariat dengan seboleh-bolehnya tidak melukakan hati mana-mana belah pihak. Contohnya BERSANDING.

Mengulas perbezaan lelaki dan wanita yang sebahagian besar inspirasi beliau adalah dari buku ‘Men are from Mars, Woman From Venus’. Bagaimana menjadikan perbezaan itu sebagai rahmat, dan bukan alasan untuk berperang sesama suami isteri.





2 comments:

Anonymous said...

wahhh..tiba2 ku terperasan namaku disebut2..hehe..

Unknown said...

[...] Cubiex.com - Malaysia Affordable Domain & Web Hosting menawarkan pelbagai pakej web hosting mampu milik dan premium kepada individu serta syarikat [...]

About Me

My photo
Sy seorg yg simple..erm..sy bknla seorg yg ssh utk difahami..pd sy kwn2 sy sng je nk fhm sy..sy suke berkwn..sy sgt syg dgn ape yg sy miliki dlm idup sy..