PUTRAJAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, mengharamkan umat Islam mengamalkan senaman yoga yang dilakukan secara sistematik dan menyeluruh kerana bertentangan dengan syariat Islam serta boleh memesongkan akidah mereka. Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata senaman yoga berasal daripada masyarakat Hindu menggabungkan tiga unsur, iaitu amalan fizikal (senaman), keagamaan serta mantera pemujaan bagi mendapatkan ketenangan, manakala kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan, yang boleh merosakkan akidah umat Islam...baca seterusnya.Setelah tertangguh beberapa ketika, akhirnya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan hukum mengatakan haram untuk umat Islam mengamalkan senaman yoga. Harapan saya nanti, janganlah pula ada suara-suara sumbang yang nak mempertikaikan keputusan ini. Yang haram, tetaplah haram!
Saya yakin, keputusan ini dibuat adalah untuk menjaga aqidah umat Islam dari tercemar dengan amalan-amalan yang boleh merosakkannya. Jadi, bagi mereka yang bukan beragama Islam, anda bebas melakukan apa juga aktiviti mengikut kepercayaan agama masing-masing.
"La, kami cuma senaman je. Bukan nak sembah tokong."
Mungkin kita akan terdengar rungutan seperti ini. Kita kena faham, di antara perkara-perkara yang akan menjejaskan aqidah sebagai umat Islam adalah melalui perbuatan, percakapan dan iktikad. Ini adalah perkara asas yang perlu kita ketahui. Seingat saya, perkara ni telah diajarkan kepada saya semasa sekolah rendah lagi.
Lagipun, banyak lagi senaman yang boleh kita lakukan untuk menjaga kesihatan. Berjoging ke, main bola jaring ke. Nak senamrobik sorang-sorang dalam rumah pun boleh! Takkan kerana tak boleh buat senaman Yoga boleh mati kot?
Begitulah juga dengan hukum pengkid yang difatwakan haram tidak beberapa lama dulu. Malangnya, ada jugak yang berani memprotes. Saya bukanlah pakar sangat dalam syariah ni. Tapi sebelum fatwa dikeluarkan tentang pengkid ni, saya dah agak ianya haram. Ini kerana, saya pernah terbaca dalam sebuah hadis yang mengatakan Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.
No comments:
Post a Comment