JOM KELUAR DARI MASALAH KEWANGAN!!

Thursday, November 26, 2009

Majlis Perpisahan

Salam..baru je entry bertajuk "Hari terakhir di Irasuria" diposkan x sampai 2jam, tup2, ada cal dari Bg E ckp ada meting, jgn sesiapa ke mana2..Owhh mungkin ada meting nak ckp psl cuti raya Haji..then mesti Bg E nk jmpt ke open house kt umh dia..sbb tu ada meting..sedikit pn x terfikir akan ada majlis perpisahan utk sy..sirius, xterfikir lgsung tau..btol nih...sirius...sbb igt sume kan bz..lgpun esk dh nk ry Haji...ermmmm, mula2 tu meting mcm besela..tetibe Bg E dh mula ayt "Kita hari ni akan ada 1 khilangn yg besar..selama ni kita xpernah ada khilgn seumpama ini"..Ok Bg E mmg xperlu amik masa yg lama utk buat sy menangis..trus nangis laaa...~~~~~lama..hanya mendengar ayt2 Bg E..tp mslahnya setiap butir kata2 Bg E nih bt hati ini tersentuh..sungguh...tersntuh..airmataku bagaikan hujan..Then Bg E bg Pak Lah pulak ckp..huhu antara org yg banyak turunkan ilmu selain Bg E dah tentulah Pak Lah..Tapi bolehkah korg bygkan org yg xpernah mintak maaf kat kita n sll la jgak lwn bertekak dengan kita, n sll jgk kna marah dgn dia, then dgn rasa rendah diri mintak maaf dan bagi nasihat itu ini kat sy..bkn nasihat tntg hal ehwal keje je tp hal ehwal rumah tgga jgak..airmata yg bagai ujan tadi mcmana nak reda~~Pak Lah ni jenis yg sirius sket sbenarnya..agak disegani la..pengalamn banyak pulak tu..kalau nak banding dgn diri ini ohhhh tak tercpai akalku...ohhh sungguh terharu dan sedih...panjang jgk Pak Lah berucap tp ati ni dah sebak jd xdpt nk tngkap sgt sgala ucapan2 dia..cuma yg pnting dia ckp "Bila dah jadi isteri org nnti, pandai2la bwk diri, kna trima psgn kita seadanya, kelemahn yg xpernah nmpk masa sblum kahwin tu perlu diredhai..tak perlu la sedih sgt tgalkan kami, adat khidupan tiada apa yg kekal abadi............."

Bila tiba giliran sy berucap, mata ni dah xleh nak pndang sorang demi sorang, sebab bila pandang jd lagi nak nangis..Buat Pak Lah..merangkap supervisor LI sy dulu..apa yg sy dpt dr pak lah mmg sgt brharga..xleh nk gnti dgn wang ringgit..tp itu pn hnya sbhagian..ada lg yg xsempat sy plajari..cita2 asal nak sma2 naikkan Irasuria ke tahap lebih tinggi..Mungkin anda yang di luar sana xdapat peluang mcm sy (sbb anda berada dlm syarikat yg dh berkembang mekar mgkin)..Tp inilah kelebihan berada dlm cmpany yang baru naik (mcm irasuria) sbb kita dah tau dari sekecil2 benda hingga ke sebesar2 benda n setiap detik prjalanan dan tumbesaran syarikat kita sama2 pikul..namun sy xla sehebat mereka yg ada sekarang (Bg E,Kak Silah) terutamanya yang berada dlm Irasuria..tulang belakang Irasuria..daripada ssah sampai senang(sekarang boleh dikatogeri sbg Zon Selesa buat Irasuria, banyak projek dll)..tapi btol, sy x kisah keja truk, kne mrh dgn Pak Lah, kne tegur dgn Bg E,sy xmalu mengaku yg sy xtau,sy xkisah pnjat tangga utk wat network cabling,sy xkisah setup berpuluh2 PC dlm masa sehari, sy xkisah cal service center DELL,HP, dll dan terpaksa speaking English wpun English sy xdpt A,sy xkisah bertekak dlm bilik meting, sy xkisah kna hantar ke sana sini, sy xkisah kna maki dengan customer, sy xkisah balik malam, sy xkisah tdo kat ofis utk siapkan tender...sume tu sy dh lalui di Irasuria dan sume tu harga yg sy perlu byar utk sy KUAT seperti skarang..InsyaAllah campak kat mana2 pn Bg E kata sy akan survive..(Sy akan pegang kata2 Bg E tu)


SPECIAL THANKS TO

EN ZUHAIRI MD ZAIN
ROSILAH RADZI
EN ABDULLAH SANI CHE SENAPI
ROHEIZAD ROMLI
NUR MAZIAH ABD RAZAK
MOHD NAZIR BIN AZMI
MOHD AZRIN MAHMUD

N EVERYBODY yg terlibat secara lgsung @ tidak di Irasuria Venture Sdn. Bhd.


~mohon maaf seandainya terdapat salah silap dalam tutur kata @ perbuatan

Hari terakhir di Irasuria Venture Sdn. Bhd.

Salam..entry ni saya post pada pukul 2.15 ptg, lps slt zohor di tempat saya di pejabat urusan Irasuria Venture Sdn. Bhd. Arini hati rasa sgt3 sayu..Allah je yang tahu mcmana sayunya hati ni..saja nak buat2 ceria dengan staf kat sini sebab arinila nak bergurau pun...(ari last)Mesti ramai tertanya2 apsal touching2 sgt ni, pe kes kan..Apa yang berlaku kan..Kenapa lak entry ni bertajuk "Hari terakhir di Irasuria"..Sebabnya....sbb saya dah meletakkn jawatan sy sbg IT Support Engineer di sini berkuatkuasa Disember ini..Kenapa letak jawatan? Xbest ke keje? Ada masalah ke? Isk2 jawapannya, sepanjang bekerja di sini, saya tak pernah pulak ada rasa x best..atau ada masalah dengan staf mahupun majikan, mana taknya staf2 kat sini dah mcm adik beradik..Bos boleh duduk makan semeja, xnmpk pn jurang antara bos dan staf tetapi bos tetap dihormati malah saya sanjungi..

Teringat pesan Bg E, kita ni kalau jd pohon, biarlah kita jadi tmpat teduhan manusia dari hujan dan panas, berkorban untuk org lain, kalau jadi org yg berteduh, jangan pulak kita x hargai pohon tmpat kita berteduh tu, jgn pulak kencing kat pohon tu, jgn pulak toreh kulit pohon tu........mendalam sgt ayt Bg E..xmgkin akan kulupakan..(buat pedoman n bekalan nak ke tmpat org)..Bg E dh mcm kwn, bkn bos lg..igt lg Bg E kata, "Bg E xperlu cermin tapi Bg E perlu kwn sbb kwn adalah cermin diri kita..." Saat sy menaip entry ini air mata sy bergenang....Irasuria bnyk bg sy pglamn dan peluang yg tak mungkin sy dpt kat tmpat lain..asam garam kat Irasuria ni bt hati rasa BERATTTT sgt nak tgl BG e dan team Irasuria yg lain......Doa sy moga Irasuria akan terus maju dan gah berkembang..(InsyaAllah selagi ada org yg sgt komited mcm BG E dan team member yg sedia ada skrg)huhuuhuhuhu
Lepas ni cuma boleh dengar lagu2 yg sering dipasang kat opis jela..(utk kurangkan rasa rindu suasana ofis Irasuria)

Terngiang2 lagi ayat Bg E, "Lepas ni sorg2 pegi tgalkan Bg E, last2 tgal Bg E sorg ja..Lepas tu kalau Mun mai pulak tgk Bg E dah setaraf dengan Pak Lang kat bawah" (pss: pak lang ialah org kurang siuman kat kaki lima bwh opis yg suke berkeliaran, tp xmembahayakan)..Kdg2 rasa sedih bila teringat ayt tu tapi hati ni kuat mengatakn yg Bg E itu KUAT..tidak sekali2 akan jatuh semngat...Kalau jatuh pon tetap akan bangun semula, itu PASTI..Mungkin bila2 masa kita boleh dapat seorang majikan mcm Bg E tetapi untuk dpt seorg majikan yg juga kwn mcm dia...................................................M.u.s.t.a.h.i.l....................................@ 1 dalam seribu

Lagu yang budak sebelah ni (monin_glory)tengah dgr ni (SALEEM - TINGGAL KENANGAN) mcm kena je ditujukan xsemestinya untuk kekasih kan...(Ubah sikit la lirik)


Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Irasuriaku

Jauh Ku Pergi Meninggalkan Dirimu
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Irasuria

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin ku Lupakan Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Irasuriaku

Jauh Ku Pergi Meninggalkan Dirimu
Di Sini aku Merindukan Dirimu oohhh
Kini ku Coba Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi Kan Seperti Dirimu
Oh Irasuria

Pernah Ada Rasa Cinta Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan..........................................................


BYE IRASURIA
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sedih sbb Bg E x brapa nak berckp sgt hari ni

Bye EVERYBODY.....................

Monday, November 9, 2009

Undangan Perkahwinan

UNTUK DAPAT KUALITI IMEJ LEBIH JELAS SILA KLIK PADA GAMBAR OK! :)

Friday, November 6, 2009

IRASURIA OH IRASURIA..DI mana kan ku cari ganti

Design2 saya dan digunapakai di Irasuria :)







Thursday, October 29, 2009

Balada Seorang Gadis Kecil

Sy baru shaja balik dari makan tengah hari..Bos menyapa "Munir ditembak penuh luka tapi ajalnya belum tiba"..Tertanya2 jugak kenapala dengan bos ni, pantang nampak muka aku je mesti nk nyanyi macam tu..lepas hari ke hari perasaan ingin tahu memuncak sy pon search la lirik tersebut kat tenet..Rupa2nya ada kisah benar di sebalik lagu yang penuh makna itu..Tajuk lagu tu Balada Gadis Kecil nyanyian Zubir Ali..Hayatilah...Walaupun kita tidak ada kudrat untuk menghentikan sebuah kekejaman sekurang-kurangnya kita bersyukur dengan keamanan yang kita perolehi dan kita menghayati erti sebuah penderitaan..Terima kasih En. Zuhairi Md Zain@Din yang memperkenalkan lagu ni kepada saya..


Balada Seorang Gadis Kecil


Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita

Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayahbonda dan saudara

Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita

Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia

Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina


Balada Seorang Gadis Kecil - Zubir Ali



Monday, October 26, 2009

Satu Kiblat Yang Sama

Hari ni, tetiba ada terdengar lagu Rabbani..(Dulu pernah jadi lagu kegemaran)..Sekarang pon..Sebab lagu ni "TAK PERNAH GAGAL" untuk buat hati kecil ini hiba, sayu..penuh makna dan rasa sangat bermakna liriknya..juga boleh dijadikan motivasi untuk orang yang rasa lemah dan rendah diri supaya yakin bahawa kita tidak dipandang berbeza dari sudut 'Kekayaan dan Duniawi' tapi dipandang dari sudut amalan dan taqwa...Terimalah~~

Satu kiblat yang sama..

Ya Sallim Sallimna Sallim Sallim Dinana
Ada yang hitam, ada yang putih..Zahirnya Dia menciptakan kita berbeza
Namun batinnya kita dikurnia akal fikiran yang lengkap sempurna
Walau berbeza kasta budaya, hanya amalan pada-Nya yang utama
Kita mewarisi Al-Quran suci sebagai panduan tuk hidup sejahtera
Seringkali iman akan diuji bak layar dihembus laut gelora
Dalam mengejar kehidupan di sana, jangan alpa meredah kabus dunia
Walau pandangan jauh berbeza, tak bermakna ada salah ada benar
Pada akhirnya kita semua sujud ke arah satu qiblat yang sama
Semulia insan adalah yang menghampiri-Nya
Moga ditempatkan dengan yang bertaqwa
Tak mungkin manusia yang punya nafsu bisa terlari walau secebis dosa
Apa yang mampu kejar pahala, biarlah yang Esa menghitungkannya
Buang yang keruh, ambil yang jernih tak guna merintih menyesal bersedih
Khalifah bumi semua bersaudara untuk menghambakan diri kepada-Nya
Kadangkala kesabaran dicabar tiang utuh teguh bisa kan runtuh
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sesama saudara
Walau pandangan jauh berbeza, tak bermakna ada salah ada benar
Pada akhirnya kita semua sujud ke arah satu qiblat yang sama
Semulia insan adalah yang menghampiri-Nya
Moga ditempatkan dengan yang bertaqwa

Tuesday, October 13, 2009

Problem CQ40 with windows XP

Your model needs AMD sata driver to be sliptreamed onto XP CD installer.

If you did it right, you'll pass BSOD error.

Use Nlite to slipstream AMD sata driver.
A good guide to sliptream sata driver, here

Note: Do NOT use sata driver from that guide, your sata driver is given below.

AMD SATA AHCI Controller Driver, here

or

if you wish an AMD SATA driver from HP site, here

extract sp39719 to a folder and use files in RAID7xx folder

Note:

Select ONLY x86 driver for AMD SATA AHCI

Nlite download, here

Make your Vista Recovery cd/dvd if you haven't yet, found out here

_____

Try the following drivers,

XP Drivers for CQ45-310AU

Install .Net Framework before others, here

Catalyst Software Suite (for your ATI Chipset, HD 3200 Graphics/Video, and LAN Drivers, here

Installing Audio is the most difficult part, since BIOS incompatibility.

Install MS-UAA first, here

IDT High-Definition Audio CODEC Driver,

I just noticed SP39671 has been deleted from HP ftp site.I dont know why.

SP39671.exe has been known running well in XP, I'll update my first post for alternative download from mediafire, here

If you wish to try some new drivers of IDT sound chip that has reported working in XP, try:

1. sp41398, here

2. sp41693, here

Note:

Some of CQ45 and CQ40 users need to update their BIOS to solve Audio that disappeared after rebort.

If you found your BIOS is lower than F33A, update your BIOS to the latest version, here

High-Definition Audio (HDA) Modem Installer and Driver, here

Broadcom Wireless, here

Realtek RTL8102E Family PCI-E Fast Ethernet NIC, here

JMB38X Card Reader Host Controller Driver, here

ENE CIR Receiver (your Vista driver), here

or if it does not work try Vista driver verified from Intel, here

HDMI Audio, here

ALPS Touchpad Driver, here

HP Quick Lauch Buttons, here

If you had Bluetooth, here

If you had for 7 unknown devices (buttons drivers), here

Do manual installation

Go to device manager, right click unknown device,

Choose to update driver, No to connect,

Choose install from a list or specific location, Don't search, Have disk,

Browse to the location of machine.inf.

Do it for the rest of unknown devices

Tuesday, October 6, 2009

Monday, September 14, 2009

Jom sebarkan

DUA BELAS AURAT WANITA

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng...... .jadi hantu loceng...... ....

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

Surat untuk mak..(Thanks nad sbb postkan emel ni)

surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati...selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia , ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..

Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2(bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini ,insyaAllah. .
Terima kasih saudara umarzahrawi kerana menghantar surat ini kepada iLuvislam.com . Surat ini saya bacakan ketika majlis penutup Islamic Awareness Week di Kolej Yayasan UEM suatu masa dulu. Ramai yang menitiskan air mata ketika itu.

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal..



Mak.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak........
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu......
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu......

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......
kengkadang siaran indonesia ..
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2.....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari......
ada kat dalam dalam beg......
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi......
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar....
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak......
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut......
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital..... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor....
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat....
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer...
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit....
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut....
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak.....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar....
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih........
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak.....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.......
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak......
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan......
Mak perasan tak.....?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis......
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak....!
Takpa la.....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk......
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah.....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik....
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu....
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak.....
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan......

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
iter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter....
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah...
sampai masuk unibesiti....
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,

Monday, September 7, 2009

Maskawin yang hilang

"Wahai orang-orang beriman!Mahukah kamu aku tunjukkan sauatu perdagangan
yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? iaitu kamu beriman
kepada Allah dan rasulnya dan berjihad di jalan Allah dgn harta dan jiwamu.
itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui"

as-saff:10-11

Saturday, August 29, 2009

Ramadhan Yang Mulia..

Salam..lama jgk x jenguk blog ni..bukan sudah jemu berblog atau sudah tak ada idea atau sebab takde org nak bace..tapi sebab sejak kebelakangan ni family saya bagai diberi perhatian yang hebat oleh Allah S.W.T..Alhamdulillah..Dugaan demi dugaan diterima..Apa yang tragis, abang sy, Khairul terlibat dalam kemalangan dengan trela di Jln Sanglang, Kedah..Kaki dan tgn patah, tlg bahu patah..Nauzubillah jari tangan kanannya hancur dan kemungkinan besar jari hantu tangan kanannya sudah tidak akan berfungsi..Dah hampir 1 minggu abang kat hospital, mak pun xlalu makan dan sudah tidak mahu bercakap..Bila pegi jaga abang kat hospital, dapatlah tengok bermacam-macam jenis manusia dan dah tentulah lafaz "Alhamdulillah" terlafaz di hati kerana kondisi abang masih lagi boleh dikatakan stabil nak dibandingkan dengan orang ward sebelah tu yang sedang berjuang dengan maut, kes kemalangan jugak..pak cik yang dalam lingkungan 50 an..Di sekelilingnya ahli keluarganya yang xhenti membacakan yasin untuknya..Matanya memandang ke atas..Keadaannya nazak..Bila saya alihkan pandangan saya pada katil sebelah, oh tragisnya, seorang pakcik pekerja kontrak kudung kedua2 kakinya kerana kemalangan di tempat kerja yang mana dia ditimpa konkrit.."Jaatnye konkrit tu!! Aku dah nak nangis tgk pakcik tu"...kesian 1000 x kesian..abang saya mmg perlu bersyukur..Wajib!!!
Bila pergi kat ward yang menempatkan abang saya, wah meriah macam bukan ward orang sakit, ada seorang pak cik tu namanya Roslan kami panggil Pak Lan..Mulutnya xberhenti2 bercakap, ada sahaja cerita yang dia nak ceritakan.."Pak Lan ni excident nak ooii, tapi paklan bawak moto memang berhemah dah, moto baru beli, xsempat sampai umah lagi dah remuk..Kreta kancil nak potong lori tak lepas dia mai cari pak lan la dia xtau nak langgaq sapa..." Kaki paklan je yang cedera, dekat buku lali..buku lali pecah..paklan tunggu hari je nak operation..tapi paklan nmpak tabah betul.."Esok pak lan nak operate, korang semua dok leklok, pak lan tak pi lama, sat ja..Teruskan meniaga kat kedai kopi kita ni"usik Pak Lan kat abg saye..huhu tapi bila lepas 7 jam Pak Lan dah abis operation, muka Pak Lan dah tak ceria..Pak Lan dah xmahu bergurau.."Mintak maaf la semua, Pak Lan sakit sangat Tuhan saja yang tau..Nak cakap pun dah tak mampu" Kasihan paklan..Then ada pesakit baru masuk, jadi macam psyco sikitla..rupa2nya pelajar Unimap si mamat tu..terlibat dalam kemalangan di Bulatan Jubli Emas Kangar pada 21 Ogos 2009, jam lbih krg 1;00pg, 2 orang kawannya meninggal dunia..Innalillah..sorang 2 orang lagi kwannya kat ICU..:(( rupanya remaja berusia 19 tahun itu trauma.."Saya dah cakap kat dia suruh dia perlahan tapi dia laju jugak, kalau tak silap saya dia bawak 120km/j masa tu..laju kak, tak sempat buat apa-apa, sekelip mata ja terus hentam divider r/about tu..alhamdulillah saya pth tgn je, panjang lagi umur saya"..kata Naisardian, lepas diajak berbual..:((..Kasihan oh kasihan..kehilangan kawan-kawan baik serentak..Lepas tu ada sorang Pak Cik ni pulak jari jemarinya hancur gara-gara mesin tebu..Tapi Pak Cik ni bising sangat n cakap-cakap dia memang tak ada insurance.."Aku baru beli ja mesin tebu tu!!! Baru igt nak meniaga air tebu bulan posa ni, tapi mesin tebu tu dah makan tgn aku dulu..Sumpah 7 keturunan aku xmnum dah air tebu!! Aku xjual air tebu 7 ktrunan"kata Pak Cik Coh tu..Abg saya membalas "Jangan kata Pak Cik, tak tahu lagi ke depan2 tu, 7 kturunan tu lama tu..hihi.."abg saya mengusik.."Hang tau apa!! Hang mau ka aku buang semua jari hang?? Aku bagi sejuta???"jawab Pak Cik tu balik..abang saya hanya mampu tersenyum..Abang bagitau saya dengan nada perlahan, "Ada ke patut semalam dia cakap, kenapa la Allah bagi aku dugaan ni, dahla jari hancur, kencing manis pun ada, darah tinggi pun ada, skit jantung pun ada..Adil ka mcm tu"abang mengulas kata2 Pakcik Coh padanya semalam.."Isk takkan dia cakap macam tu kot..Memang berani betul mulut dia"jawab saya..Moga2 dia sedar bahawa apa2 sahaja ujian Allah terutamanya kesakitan adalah untuk menghapuskan dosa2nya..Saya hanya mampu menggeleng..Esok harinya, saya g lawat abang lagi..Eh mamat kacak kat depan abg saya dah nak keluar, saya pun cakap "Cik Un, Selamat lah ye..moga jmpa lagi..:)"..tetibe ade suara menyampuk.."Amboi org tu ucap selamat dekat yang muda ja..Pak Lan yang tua ni buat tak nampak je"Hikhik rupa2nya paklan.."Eh Pak Lan dah boleh keluar ka? Semalam bukan main lagi sakitnya"jawab saya.."Dah boleh dah, ni alamat dengan no tpon pak Lan, dengar kata orang tu nak kwen, jangan la lupa jemput.Kita kat sini dah macam adik-beradik, sungguh Pak Lan ckp, keluarga adik paling harmoni yang Pak Lan pernah jumpa, adik2 bergilir2 jaga abang.."Pak Lang mengulas panjang dan kemudian mengalirkan air mata..ohh jiwa nya begitu halus walaupun sebenarnya dialah yang selalu memecah kesunyian di bilik ward ortopedik tu...Bergenang jugak air mata ni..Saya dalam hati "ukhwah ni mesti disambung dan xpatut berhenti di sini, aku akan pergi cari Pak Lan dan keluarganya lagi..PaSti.."bisik hati kecil saya..Pak Lan pergi, cik Un pun pergi...Begitu la kehidupan di situ, bertukar ganti pesakit...Ramadhan, walaupun keluargaku menerima dugaan berat, ibuku apatah lagi..tetapi kedatangan Ramadhan tetap dirai, pemergian Ramadan tetap ditangisi...~~

nak tgk berita tentang student UniMap yang meninggal dunia tu klik sini,
dan klik sini untuk berita lanjutan..Al FATIHAH..

Saturday, August 1, 2009

Flow of the program..

~~SalaM~~
Dah habis program, jadi sibuk buat report pulak..yelah nak claim kat Horlicks..Klu x sia-sia la wat keje..Ermm..tetiba saya rasa nak cite flow of the program..emm..jadi suka hati saya la kan..

(B4 program, pasang banting, PA system, projector, laptop, angkut barang-barang termasuk goodies bag untuk student dan gift untuk cikgu iaitu cereal drink Horlicks 3 in 1, 12 pack 1 sek)



1st skali bagi speech tentang kesihatan la..kita g bg ceramah mana boleh terus cite tentang produk..Nak kena laser dengan pihak sek boleh la..mula-mula cerita dulu tentang cara hidup yang sihat..adik-adik kena senaman, jgn tengok tv smabil makan,,hehe (akak pun buat)..lagi kena makan sayur, dan minuman berkhasiat..mintak adik2 bagi contoh minuman berkhasiat.. sape brani bagi jawapan dapat hadiah..masalahnya bila g sek rendah ni bleh dikatakn sume nak menjawab! Poning akak nak pilih dik nun..haha.. (Ok akak cuma nak pilih sapa yang angkat tangan tapi jari sebelah tgn lagi di mulut..kunci mulut!)..hehe Automatik sume senyap n jari di mulut!!
MACAM NI:--->
Masa speech berlangsung ahli team kami akak bersedia membancuh horlicks..



Kemudian Mr Horlicks pun keluar surprisely tau!! The students was so teruja to see this!!! Ahaks!! Mr Horlicks ni masa 1st week tu macam Mascot buta pun ada..tapi the next week tu macam-macam gaya menarik dari Mr.Horlicks..

Tengok ni..-->>
Ni lagi-->>

Ni Pulak-->>
Then students akan macam tergamam dan terdiam bila Mr Horlicks nak beredar..(Kira cam sedih arr..belum puasku bersamamu..huhu..ada jgak yang berani hulur tangan nak salam)Yang dalam picture ni students SK Convent BM..Kira baik2 la students dia sebab tak terpa g serbu Mr Horlicks..Ada sek yang pling saya tak leh lupa SK Ara Rendang! Students agresif gile sampai sekumpulan g serbu mR horlick sampai nak terjatuh then Mr Horlicks diserbu lagi kat tempat persalinan Mr horlicks sebab student very curious nak tau sapa kah gerangan disebalik maskot horlicks tu!! Mr Horlicks HAHAHAH

Last sekali acara bagi hadiah + minum horlicks la!
Paling
students dan cikgu suka..HOHOHO
Horlicks yang dibancuh perlu ikut sukatan yer..n rasa dia sangat enak..paling penting tak muak dan ada student yang sampai 4-5 kali ulang).."Weh korang perasan tak tadi budak jam oren tu lebih 3 kali dia ulang datang tanpa rasa bersalah macam kononnye belum minum lagi.."HAHA..akak2 dengan abang2 ni wapun tengah sangat busy n xsempat tengok muka sape yang dah minum ke belum, tapi strategi adik tu tetap tak berjaya sebab jam oren dia..Last2 adik tu kena sound dengan penuh berhemah.."Adik, adik dah minum kan dik, jangan la ulang banyak kali sangat, nanti kesian kat kwn2 yang xdpat lagi.."--adik tu pun berlalu dengan mengambil satu cawan lagi horlicks..hahah..sehingga menjilat2 tau!!


Acara membasuh mesin dll..

Makan tyme! Tengok pakcik kat sebelah tu
xmampu pandang kamera dah..THE MASCOTTTT!!

*Note: 1 Horlicks cereal drink(3 in 1) berharga RM 9.90--1 sek kena bagi 12 pack, semua sekolah ada 30..(30 X 12) X RM 9.90..hoho..kaya betoi Horlicks..gilo..Belum masuk lagi Horlick yang nak bancuh air..RM 17.90 1 pack, 1 sek minimum 2 pack, maximum 8 pack(bergantung pd jumlah student) semua sek ada 30, (30 X2) X ahhhh malas nak buat formula..ermm goodies bag lagi..hebat tak Marketing Horlicks..so sale pun no wonder la deras.....So..JOM BUAT CLAIM BANYAK2!! DAH NAK TTUP! BOS LALU NI MATI GUE!!ok daa~~

Thursday, July 30, 2009

Keindahan

Jangan fokus sangat pada gambar 2 wanita itu..Fokus pada air terjun yang indah itu..
Wow!! Subhanallah..


~~Air terjun Titi Kerawang
Balik Pulau, Pulau Pinang..~~
23 Julai 2009
12;00 t/hari

Diary Horlicks Roadshow..


Sekolah terakhir (SK BAGAN JERMAL)


Salam..hari ni happy sangat sebab dah mula masuk opis semula..rindu tau pada mejaku, komputerku dan lain-lain..
30 schools 4 horlicks roadshow 2009 completed..:) Suka bangat sebab tak payah menjerit sampai nak terkeluar anak tekak lagi..Hari last roadshow saya cakap dekat Kak Silah yang juga antara staf yang join roadshow.."Kak clah, rasa nak demam la, rasa gatal-gatal tekak..badan pun panas"..then Kak Silah cakap "Hah jangan nak ngada-ngada, ni esok sekolah last dah..lepas tu nak demam pun demam la.."Uiskk macam kejam je ayat tu..Adakah kebajikan staf ni tak penting?? Tapi saya gagahkan diri jua sebab saya tahu tanggungjawab saya dan kepentingan saya..Saya tahu betapa menyusahkan sekiranya saya tak dapat jadi speaker..Malam tu semasa saya tengah berehat, saya terdengar Kak Silah dan Kak Syima berlatih untuk jadi speaker (andaikata terdesak)..Nak tergelak jugak..hihi sebabnya diorang sebut sebiji-sebiji ayat macamana saya menjadi speaker..BArulah saya tahu yang staf2 lain yang ikut roadshow ni sampai dah tahap boleh hafal skrip saya..Yelah dah hampir 30 sek,,benda yang dicakapkan sama je..Yang tak tahan tu mereka siap mengajuk cara saya membuat lawak dan bergurau dengan adik-adik..Dengan trademark saya sekali diorang buat bahan..Nak kena betul!!!! Xpe xpe teruskan buat-buat tidur, terus pasang telinga..HEHE..eii rugi pulak tak rakam video masa tengah bagi speech tu..Kalau tak boleh upload kat blog..Saya memang menjadi kanak-kanak sangat masa tu..Budak2 ni kena psyco sket barula diaorang tak buat bising..Akak ni siap menyanyi - nyanyi la ko..Hambek!!!HAHAH

Wednesday, July 8, 2009


the award..taraaaa

Copy the above reward and paste it on your blog.Name 5 interesting facts about the presenter of this award.Every blogger has to name 10 facts/hobbies about themselves.You have to choose 10 award recipients and give a small desription about them.
5 interesting facts about Nad:


*Sgt suke, syg n cintakan KUCING (bleh nangis bile kucing die hilang or kiok)

*Manja dari segi --->
1-Watak (Kekadang tetibe je datang bilik saya n menyandar kat badan saya n ajak buat sandwich or tengok Manjalara..so sweet moment n really miss her..)

2. Suara (Dia menyanyi lagu rock ke, makyong ke 'Gantung' Melly goslow ke 'Hanya kau yang mampu' ke, suara tetap maintain manje sey)

*Suka tanya pendapat orang untuk satu2 perkara dan selalu risau kalau - kalau satu perkara itu membuatkan orang lain terasa..

*Caring = Suke bercerita dan suka mendengar
(Kadang2 dia bebel kat saya kalau tak sapu ubat or minum susu Anmum eh Anmum pulak...bukan ke untuk org mengandung tu?? gilo pe mun ni?? ehe tersyasyul..)

* A very supportive person : Percaya atau tidak beliau pernah belikan saya susu APPETON Weight Gain semata-mata nak saya berisi...(Berat bertambah 3 kilo masa tu..berkat usaha n pertologn ikhlas kwn2)

*Hormat sensitiviti orang walaupun berbeza cara pemakaian dan tau apa yang perlu jadi secret dan apa yang tak..(Saya tak perlu dah nak ingatkan dia 'Nad, ko jangan gitau orang yang aku tengok The Game PLan dengan ko masa tut...tut..' siaran terputus -cth sahaja..ok..haha)

* Eh dah lebih 5...last but not least..she is a very patient person..TABAH..hatinya pernah dilukai dulu..isk xtau nak ckp keadaan dia dulu..tapi issssssssskkk tskk yang saya tau dia sangat TABAH..itu PASTI..and I always say to her the qoute "LOVE ME OR HATE ME I'M STILL GONNA SHINE"..Nmpk macam sekarang ni cahayanya semakin bersinar~~~~*****


10 facts about me-------->>>>>>>

1-Sedang bekerja di sektor Swasta (bidang ICT ni)---------->ini fakta walaupun saya tak pernah menyangka akan keje bidang ni..sebab dulu asyik tiru Nik, Kak Ayu, n sapa2 je yang kbetulan ada kat sebelah masa buat assignment. Tapi info tambahan (saya banyak kena handle projek luar yang OUT dari bidang IT..ermm rasa2nya saya suka ke x?? Jawapannya kat bawah jap lagi.hihi)

2- Rabun tapi tak pakai spec sebab trauma 2kali spec baru beli pecah dalam masa tak sampai 1bulan beli..dan kemudian spec terakhir hilang masa g kuliah ustaz Ridzuan (sebab tabiat suka gantung spec kat baju)

3- Masa dekat Kolej suke berlagak macam tak rindu mak padahal bila balik umah berkepit je dengan mak kat dapur n cerita macam-macam kat mak termasuk mengadu pasal Nad buli..hiihi gurau je tau Nad..(i mean i always stori mori about u to my mom)

4- Suka durian + ayam goreng p.mlm + taufu fa + laksa + asam pedas melaka + sambal tumis mak

5- Pernah pergi FOOD TRIP makan di Restoren Nasi AYAm Special + Secret Recipe + MCD berturut-turut dalam 1 malam..Xcaya?? tanya Ben..tanya Nad..alahh tanya je Ardi..Emm tak payah la pcaye..mcm xlogik je tu..tipu je la kot..

6- Seorang yang sangat suka berkawan dan bergaul dan bercakap..tapi tak pernah tegur orang sebelah kalau naik bas exspress nak balik kampung melainkan orang tu tegur dulu..

7- Seksi..btol...pcayela....~~

8- Tak suka dianggap terlalu baik ATAU terlalu jahat

9- Tengok picture2 yang ada dalam PC sekurang2nya 1kali sehari dan nilai dan nilai erti persahabatan, ukhwah, kehidupan dan selalu merindui suasana yang indah-indah dan mendamaikan macam g pantai dengan sahabat2..G kem BADAR..Zaman jadi Fesi, Zaman g Kem Jati Diri..rindu sangat..ini SIriuS..

10- Selalu x suka kalau orang suruh isi 10 je sebab nak gtau lagi dan lagi..tapi nak ikut rule la kali ini..ok..


**Jawapan untuk no1 : SANGAT SUKA, TERSANGAT SUKA, PALING SUKA
-------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------


award receipients...Xnakla tag lagi...hihi..boleh pulak ubah rule..
1.-------------
2.------------
3.------------
4.------------
5.------------
6.-------------
7.------------
8.------------
9.------------
10.------------


wARMEST rEGARDS,
---MooN in Da SkY-----------------------------------------------1.53 am..........................
PenanG.......................................HO HO HO..........................

Diary HORLICKS..ho..ho..ho

Dengan Horlicks adik2 mendapat Vitamin B6, Kalsium, Zat besi dan banyak lagi tau!!







Hidup yang sihat bermula daripada pemakanan yang sihat ye adik2..







Hari ni 7 Julai 2009-S.e.l.a.s.a
Sek: SK JUARA BUKIT MERTAJAM PP
dan
SK SRI AMAN, AYER ITAM PP
(STATUS : DONE)
22 More to go~~~
Reported by Mun
12:38 am @ Room number 410 Hotel Malaysia Penang

Tuesday, July 7, 2009

Dari Faber Castell, kujadi penceramah Horlicks

MACAM YO-YO..macam bola..macam ape je yang bulat..ITULAH SAYA..:)
Percaya atau tidak hari ini telah masuk hari ke tiga team kami buat program HORLICKS..Okey, tajuk ceramah "Eat right...Grow right " HOHOHO..ku membesar TINGGI, KUAT dan PANDAI..hohoho..horlicks...Macam tetiba je terjerumus dalam bidang ni..tapi sebab bos menjanjikan pulangan lumayan maka dengan itu saya bersetuju untuk jadi speaker...

Daripada Faber Castell (16 buah sekolah)tetibe je pergi ke HORLICKs(30 buah sekolah)..Nampak gayanya sampai hujung bulan ni keja saya asyik bercakap je..bla bla bla...sampai nak terkeluar anak tekak menghandle student yang ramai yang angkat tangan tanpa disuruh, yang datang ke depan tanpa diundang, yang lebih memilih untuk duduk atas meja walaupun disediakan kerusi dan yang protes sebab tak dipilih untuk jawab soalan..(budak-budak tu bukan tau sangat jawapan tapi sebab nak dapat hadiah jadi angkat jugak tangan)..Tapi yang menariknya horlicks ni sebab lepas TALK kiter bagi student minum..(ala macam kiter sekolah dulu kan ada lori MILO datang, VICO datang..rupa-rupanya baru tau, org yang datang bagi student minum tu bukan calang-calang orang dan kerja bagi student minum ni bukan kerja yang mudah,,,sirius weh..bolehla ckp snang kalau tak buat tapi bila dah buat baru tau..by the way bos cakap bulan ni dapat bonus so no problem la..walaupun kena cakap dan membebel benda yang sama setiap hari (saya confirm ahli team saya mesti dah tau skrip saya dan silap-silap dengan contoh sekali diorg dah bleh guess ape yang saya nak cakap,,huhu, lagi.. kena pakai t-shirt sama tiap-tiap hari-sorg dpt 2 tshrt je..saiz L, lengan pendek pulak tu, kne pulak speaker tight in..dusssssss..pk bonus je ni...kalau tak dah cabut..haha) Ok selepas buat projek ni baru saya tahu, kenapa minuman yang datang dengan lori dulu cth:MILO, rasanya sedap dan pekat kan..OK untuk HOrlicks ni kami letak banyak sgt horlicks...1 bgkus horlick (750g) hanya untuk 4L air sahaja...then untuk kekalkan rasa ais batu yang diletakkan dalam dispenser dibungkus dengan plastik transparent yang telah terbukti kebersihannya..(ais utk cepatkn proses sejuk je-->dispenser memang dah menyejukkan air)..Ok jangan lupa letaK susu pekat (3 OZ utk 4L air), 1 tin susu pekat boleh dapat dalam 5 OZ...4L air boleh bagi 130 student minum..Tapi bila nak buat pengiraan berapa jumlah student kena kira sekali kemungkinan guru datang minum, tu takpe lagi, ni yang guru bawak bekas air besar ada dalam 1L boleh isi dan datang dengan muka tidak bersalah dan minta agar botol kosong itu diisi air HORLICKs tiu...HOHOHO.....crita akan bersambung...from mun~~B suite Hotel Pulau Pinang~~daa~~24 schools more to go..


Ujian 'Saya membesar dengan kuat bersama Horlicks..okey adik kita kira dia boleh angkat sampai berapa saat'



Kita dengar ape jawapannye untuk soalan 'Apakah huruf selepas huruf A, D, G, J, M, P, S'


Ujian 'Saya membesar TINGGI dengan horlicks'--adik tu tak berjaya sebab dia cuma boleh capai tahap tu je..

Saturday, July 4, 2009

Jadi penceramah atau tukang leter..:)

Tau x kawan - kawan, saya kena jadi speaker untuk North Faber Castell Road Show (antara projek besar yang syarikat kami dapat)..Memang out dari bidang IT..(as long as dapat duit, so what?? buat jela..)program untuk 16 buah sekolah..Tapi tak sangka I really can make it!! siap ada peminat tu..:) Hahaks Lets check it out!

S.K CONVENT GREEN LANE
Kena cakap B.I tau!!

S.K JELUTONG BARATSK TELUK AYER TAWAR






About Me

My photo
Sy seorg yg simple..erm..sy bknla seorg yg ssh utk difahami..pd sy kwn2 sy sng je nk fhm sy..sy suke berkwn..sy sgt syg dgn ape yg sy miliki dlm idup sy..